Kempen kesedaran pembasmian denggi di Taman Bukit Beruang bersama Youth Buddhist Association Malaysia, KKM(bahagian Vektor), Persatuan Buddhist Bukit Beruang, Ahli Majlis MPHTJ, pengerusi JPKK Bukit Beruang dan sukarelawan.
Kempen kesedaran ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tempatan tentang pentingnya menjaga kebersihan rumah/kawasan sendiri dengan meluangkan masa setiap minggu memastikan semua perkakas rumah tidak tertakung air… Kebanyakan sukarelawan adalah daripada golongan remaja yang masih belajar. Matlamat utama kempen ini selain memberi leaflet mengenai denggi dengan pemberian satu bungkus ABATE yang penting ialah kesedaran tentang pentingnya menjaga persekitaran atau komuniti kita.